Information

Salam semua,
Dalam mencari sesuatu kreativiti serta ilham dari pelbagai aspek bukanlah sesuatu yang mudah..gambar yang dihasilkan utk tatapan bersama adakalanya di beri pujian dan adakalanya mendapat kritikan yang hebat..itu adalah lumrah..
Bagi aku sendiri,mencari kelainan dalam menghasilkan sebuah gambar yang penuh dengan emosi,keriangan serta spontan yang ditonjolkan adalah sesuatu yang menjadi tarikan pada diri aku untuk dirakamkan..kepuasan yang pasti dirasai sememangnya ketika gambar yang dirakam kena pada target yang diinginkan..
Perjalanan aku masih jauh..masih terlalu banyak benda yang perlu aku pelajari untuk terus serius dalam bidang yang diceburi walaupun secara sambilan pada ketika ini dari masa ke semasa..

Zoul Brawi | Photography
zulkifli.brawi@yahoo.com.my

Monday, November 5, 2012

Sunday, August 8, 2010

Norema & Amali

Monday, February 1, 2010

Danish Haikal

Dalam pada melayan telatah si manja,adakalanya merimaskan bagi sesetengah pihak..bagi aku,itulah anugerah dan tidak perlu meletakkan ianya sebagai satu beban.

Bagi aku,kehadiran insan manja yang bernama Danish Haikal tatkala membuatkan aku terhibur setelah pulang dari berkerja sepanjang hari..dengan telatah manjanya tatkalanya membuatkan aku terlupa akan kesibukan di pejabat..
Begitulah ragam anak manja aku ni..pantang tengok camera..tgk camera je,ada je ragamnya..

Friday, January 1, 2010

Norrita & Johnny

Wow!!
Itu yang dapat aku katakan..perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke kawasan pendalaman tersebut membuatkan aku cemas..mana taknya,dengan kawasan yang berlumpur serta merentasi laluan sungai yang agak tinggi,macam macam boleh jadi..

Tapi demi menjalankan aktiviti yang telah di rancang,ianya tidak mematahkan semangat..
Akhirnya kami berjaya tiba dikawasan yang di tempatkan..aktiviti ini adalah untuk menangkap gambar teman yang yang ingin melangsungkan persandingan di rumah panjang..memang suasananya agak meriah..tapi kami tidak mengenali sesiapa disitu melainkan kawan kami yang melangsungkan persandingan..
Kedua mempelai diarak menuju ke pintu depan rumah panjang..ramai sanak saudara yang sedang menanti..
Perarakan yang agak jauh..jelas terpancar pada muka pengantin yang agak keletihan..
Pada petang itu,kami terpaksa berangkat awal dari tersebut kerana hari mulai gelap dan jalan yang kurang memuaskan tanpa sebarang cahaya di sediakan..
Tapi bagi aku,ianya satu pengalaman yang menarik dan mencabar..

Friday, January 2, 2009

Khairil & Sazlin